Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 5/12/2018

148

Sentimen pasaran semasa yang kembali dilihat berisiko bakal menjejaskan pengukuhan nilai matawang dollar AUD. Perkembangan pada hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China dilihat kembali menimbulkan keresahan dalam pasaran setelah kenyataan berunsur ancaman daripada Presiden Donald Trump membuatkan perjanjian damai yang diwujudkan menjadi persoalan sama ada mampukah pelaksanaan tersebut akan bertahan lama. Sementara itu pula, tumpuan pasaran pada hari ini adalah kepada data pertumbuhan ekonomi (GDP) di Australia yang dikeluarkan awal pagi tadi di mana bacaan suku tahun ketiga dicatatkan pada kadar 0.3% meleset daripada jangkaan 6% dan jauh lebih rendah dari kadar pertumbuhan sebelum ini iaitu pada kadar 9%. Secara teknikal, dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga turun lebih 60 pips lebih rendah melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat sedikit kenaikan menyentuh paras Magic Pivot 0.7352 hari ini sebelum harga kembali menyambung penurunan memberi reaksi kepada GDP Australia yang mencatatkan bacaan yang lemah. Penurunan harga telah melepasi paras support 0.7311 (MagicS1) dan setelah menguji paras tersebut seketika, harga menyambung lagi penurunan ke paras support 0.7285 (MagicS2). Jika momentum penurunan harga dikekalkan, harga dijangka akan turun ke paras lebih rendah berkemungkinan mencecah ke paras sekitar 0.7244 (MagicS3).

Namun, jika sentimen dalam pasaran kembali berubah dan harga bergerak ke arah berlawanan, harga berkemungkinan melonjak semula membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini. Kemudian harga dilihat akan menguji paras ketinggian harga semalam di resistance 0.7379 (MagicR1) sebelum lonjakan harga seterusnya akan melepasi paras tersebut menuju pula ke paras resistance 0.7420 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan bakal menyaksikan harga menguji paras 0.7446 (MagicR3) yang merupakan paras resistance yang diuji pada dagangan Ogos lalu.

Terus ikuti perkembangan hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dilihat sedikit goyah selepas pertemuan yang meyakinkan pada hujung minggu lalu. Kawal risiko dagangan anda dengan menentukan paras-paras sesuai untuk memasuki pasaran dengan rujukan pada indicator Moshed Magic Line yang menyediakan paras-paras tumpuan harga harian yang terbaik untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 0.7311, 0.7285, 0.7244.

Paras resistance: 0.7379, 0.7420, 0.7446.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat