Analisis Teknikal EUR/NZD – Timeframe H1 – 14/8/2018

443

 

Pasaran global semasa yang tidak menentu sangat memberi kesan terhadap matawang EURO. EURO sebelum ini dibayangi oleh dasar kewangan QE yang dikekalkan oleh ECB dilihat antara matawang yang agak berisiko, ditambah pula dengan isu geopolitik AS-Turki memberi tekanan lagi kepada matawang tersebut.

Harga semasa pada chart EURO berbanding NZD dilihat masih bergerak di julat harga semalam (Isnin) ekoran matawang NZD juga terkesan dengan sentimen pasaran semasa yang tidak menentu minggu ini.

EUR/NZD dilihat bergerak dalam julat harga 1.7353-1.7266 semalam sebelum harga dilihat membuat penurunan pada sesi pasaran Asia pagi tadi sehingga jam 4.30 petang ini, namun masih berada dalam julat harga tersebut.

Harga dilihat menguji support pada paras 1.72663 dan jika harga terus didagangkan lemah, berkemungkinan harga mampu menembusi (breakout) paras support tersebut. Harga berpotensi untuk turun lebih rendah sekitar paras support 1.7135 namun bergantung kepada sentimen pasaran semasa.

Paras support: 1.72826, 1.72309, 1.71954.

Paras resistance: 1.73698, 1.74053, 1.74570.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat