Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 7/2/2019

328

Matawang EURO masih kekal didagangkan lemah berbanding USD sepanjang minggu ini di mana pergerakan harga konsisten menunjukkan penurunan pada chart pasangan matawang EUR/USD. Untuk sesi dagangan semalam, harga yang didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Pada sesi pasaran Eropah petang ini turut akan menjadi tumpuan pelabur di mana beberapa data ekonomi pada zon Eropah akan dikeluarkan melibatkan pengeluaran industri di Jerman, data imbangan dagangan di Perancis dan juga data jualan runcit di Itali. Bacaan data ekonomi yang lemah bakal memberikan lebih tekanan terhadap dagangan semasa bagi matawang EURO di samping masih dibelenggu risiko kemelesetan ekonomi.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1377 hari ini. Jika harga meneruskan siri penurunan sejak awal minggu ini, harga dilihat akan menuju ke paras support terdekat pada 1.1344 (MagicS1). Penurunan yang diteruskan akan menuju pula ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada paras 1.1328 (MagicS2). Harga yang mengekalkan penurunan bakal menguji semula zon resistance semasa pada chart EUR/USD sebelum ini iaitu pada sekitar paras 1.1295 (MagicS3) untuk pelabur melihat reaksi harga pada zon tersebut.

Namun jika harga bergerak membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 1.1394 (MagicR1). Seterusnya, harga berkemungkinan akan melonjak lebih tinggi dan menuju pula ke paras sekitar 1.1426 (MagicR2) sebelum kenaikan harga seterusnya bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada chart EUR/USD di sekitar paras 1.1443 (MagicR3).

Pantau data ekonomi pada zon Eropah yang dikeluarkan petang ini dan kawal dagangan anda menjelang dagangan penghujung minggu. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras-paras sesuai untuk posisi dagangan pada chart EUR/USD anda.

 

Paras support: 1.1344, 1.1328, 1.1295.

Paras resistance: 1.1394, 1.1426, 1.1443.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat