Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 23/10/2018

246

Sentimen yang dilihat sedikit berisiko dalam pasaran memberi kelebihan kepada matawang USD di mana pada dagangan semalam USD didagangkan lebih kukuh berbanding Yen. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot semalam melepasi paras resistance MagicR1 namun tidak berjaya mencapai paras resistance MagicR2 sebelum menutup harga di sekitar paras 112.800.

Namun, pada sesi pasaran Asia hari ini, harga mula menunjukkan penurunan sehingga harga turun melepasi paras Magic Pivot 112.685 dan telah mencecah paras support 112.477 (MagicS1) bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga terus menyambung penurunan yang dibuat, berkemungkinan paras support seterusnya yang bakal menjadi destinasi harga adalah pada paras 112.145 (MagicS2). Seterusnya, momentum penurunan yang terus dikekalkan bakal menyaksikan harga menuju ke paras support pada 111.937 (MagicS3) sebelum harga dilihat akan menguji zon major support yang berada di paras lebih rendah sekitar 111.700.

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh semula berbanding Yen seperti dagangan semalam, harga dijangka akan melonjak semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 112.685  dan menuju ke paras resistance 113.017 (MagicR1) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Kemudiannya, kenaikan harga yang masih diteruskan dijangka akan menguji pula paras resistance pada paras 113.225 (MagicR2) sebelum harga meneruskan kenaikan sehingga mencapai paras 113.557 (MagicR3). Paras tersebut juga dilihat sebagai zon yang menjadi paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Sentiasa beri tumpuan terhadap perubahan sentimen pasaran semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga pada pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras support dan resistance terbaik untuk chart USD/JPY anda.

 

Paras support: 112.477, 112.145, 111.937.

Paras resistance: 113.017, 113.225, 113.557.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat