AUD/USD Berpotensi Cecah 70 PIPS Penurunan Jika Breakout Support 0.70700

522

Sentimen pasaran yang masih dilihat berisiko akan membuatkan permintaan terhadap matawang berpulangan tinggi seperti dolar AUD dan NZD menurun. Pada sesi pasaran Asia permulaan minggu ini, antara data yang menjadi tumpuan bagi Aussie adalah kelulusan pembinaan bangunan baru di Australia. Bacaan data adalah positif dengan peningkatan kepada 2.5% lebih tinggi mengatasi jangkaan kenaikan 1.5% berbanding data sebelum ini di paras -8.1%.

Komponen data ini akan menunjukkan prestasi aktiviti pembinaan selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk membina bangunan baru dan akan memberi isyarat terhadap pertumbuhan sektor ekonomi Australia.

Matawang dolar USD pula didagangkan kembali berisiko setelah terkesan oleh kenyataan Presiden Donald Trump pada Sabtu ini. Trump kembali mengkritik dasar monetari bank pusat yang menyumbang kepada pengukuhan dolar AS dan berpendapat akan menjejaskan sektor perdagangan bersama negara rakan dagang Amerika yang lain setelah terbeban dengan kos perdagangan yang meningkat.

Jika diperlihatkan pergerakan pasangan matawang AUD/USD pada dagangan Jumaat lalu, USD yang mengukuh terus menekan harga dari paras Magic Pivot sehingga ke paras terendah dagangan harian sekitar support 0.70700.

Kritikan Trump pada Sabtu lalu telah membuatkan dagangan pada AUD/USD hari ini dibuka lebih tinggi meninggalkan jarak (gap) perbezaan pada pembukaan harga sesi pasaran Asia.

Harga yang dibuka pada resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini kemudiannya menunjukkan penurunan ke paras Magic Pivot 0.7088 yang berada di paras tumpuan harga pada chart AUD/USD.

Jika harga breakout zon support 0.70700, jangkaan penurunan harga berpotensi mencecah penurunan sehingga 70 pips ke paras sekitar support 0.7003 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula, berkemungkinan harga bakal menguji semula zon tumpuan harga sekitar 0.71500 berhampiran resistance MagicR3.

Lihat gambar chart AUD/USD di bawah untuk rujukan tambahan analisis teknikal anda dan perhatikan paras tumpuan yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 0.7056, 0.7036, 0.7003.

Paras resistance: 0.7108, 0.7141, 0.7160.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat