AUD/USD – Harga Pulih Di Sesi Asia Selepas Terjunan Parah Minggu Lalu

112

Corak harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD mula memaparkan penurunan ketika dagangan menuju penghujung minggu lalu.

Ini susulan pengukuhan yang telah dipaparkan oleh US dolar telah menghalang momentum peningkatan nilai dolar Australia sebelum ini yang dikejutkan dengan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Australia (RBA) pada mesyuarat polisi awal Mei lalu.

Minit mesyuarat yang akan diterbitkan pada esok (Selasa) akan diteliti dan bakal mempengaruhi pergerakan dolar Australia di sesi Asia sebelum laporan data pekerjaan dinantikan pula pada Khamis.

Pada carta AUD/USD minggu lalu, harga dilihat telah mencapai ketinggian sekitar 0.68100 pada Rabu sebelum harga memulakan corak penurunan hingga ke penghabisan minggu tersebut.

Setelah turun hingga ke zon 0.67000, harga menyambung lagi kejatuhan hingga akhirnya mencecah paras 0.66400 di sesi pasaran terakhir.

Pergerakan harga jika kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada minggu ini akan kekal menjangkakan trend bearish diteruskan lagi.

Sesi Asia pada pembukaan minggu ini dilihat memaparkan corak kenaikan awal menuju ke paras tumpuan 0.67000 dan dilihat bakal menguji halangan MA50.

Sekiranya rintangan-rintangan berikut mampu diatasi, harga yang tembus lebih tinggi dijangka bakal menuju zon sekitar 0.67500 sebelum mencapai ketinggian dicapai minggu lalu.

Jika harga jelas memaparkan lonjakan yang bertenaga untuk menyambung corak kenaikan pada dagangan awal Mei yang lalu, sasaran untuk dicapai adalah pada 0.69000.

Namun jika harga berpatah arah membuat penurunan semula, trend bearish bakal diteruskan dengan jangkaan harga menuju zon support pada 0.65700.

Susut lebih rendah melepasi zon tersebut akan merekodkan paras terendah terbaru sejak November 2022.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat