Bekalan Logam Bumi China Tawaran Hebat Dalam Rundingan Perdagangan?

906

China menggunakan logam elemen unsur dari bumi yang jarang didapati secara meluas dalam penghasilan produk pengguna, daripada iPhones hinggalah kepada motor kereta elektrik dan juga pada enjin pesawat tentera, satelit dan laser.

Ketegangan yang semakin meningkat dalam perang dagang antara Amerika Syarikat dan China mencetuskan idea untuk Beijing mendominasi kedudukan sebagai pembekal logam elemen unsur bumi sebagai faktor sokongannya dalam pertelingkahan dua kuasa ekonomi gergasi dunia tersebut.

Apakah logam-logam unsur bumi dan bagaimana ia ditemui?

Logam unsur bumi yang jarang ditemui tergolong dalam kumpulan 17 elemen. Ia terdiri daripada antaranya lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, yttrium – yang muncul dalam tanah dengan kepekatan yang rendah.

Logam-logam ini sukar ditemui dan memerlukan kos yang tinggi untuk dilombong dan diproses dengan bersih. China merupakan negara pemproses terbesar dunia dan membekal sehingga 80% logam-logam bumi dan juga diimport ke Amerika Syarikat sejak tahun 2014 hingga 2017.

Apakah produk yang menggunakan elemen unsur bumi ini?

Logam elemen dari bumi yang sukar untuk didapati ini digunakan dalam bateri cas semula untuk kereta elektrik dan hybrid, seramik, komputer, pemain DVD, turbin angin, monitor, televisyen, lampu, laser, fiber optic, penebat haba dan penggilap cermin.

Beberapa elemen bumi yang sukar ditemui seperti neodymium dan dyspromium sangat penting kepada motor yang digunakan dalam kenderaan elektrik.

Ada mineral elemen bumi yang penting untuk peralatan tentera seperti enjin pesawat, sistem panduan peluru berpandu, sistem pertahanan anti-peluru berpandu, satelit dan juga laser.

Lanthanum seperti contoh, digunakan untuk penghasilan peranti penglihatan malam (night vision devices).

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memperuntukkan sekitar 1% daripada permintaan AS, yang menyumbang kepada 9% permintaan global terhadap bahan unsur bumi, menurut laporan 2016 oleh Pejabat Perakaunan Kerajaan Kongres AS.

Syarikat yang bergantung pada bekalan China?

Syarikat-syarikat seperti Raytheon Co, Lockheed Martin Corp dan BAE Systems PLC kesemuanya menghasilkan peluru berpandu yang canggih menggunakan logam bumi untuk sistem panduan dan juga alat pengesan.

Apple Inc turut menggunakan bahan logam tersebut dalam pembesar suara, kamera dan juga enjin ‘haptic’ yang membuatkan fungsi telefon bergetar (vibrate). Syarikat tersebut mengatakan bahawa bahan-bahan logam tersebut tidak boleh diperolehi daripada kitar semula tradisional kerana ia digunakan dalam jumlah yang kecil dan tidak dapat dipulihkan semula.

Setakat ini, kerajaan Amerika Syarikat masih mengecualikan logam bumi ini dalam sekatan tarif terhadap barangan China.

Adakah bekalan logam bumi yang sukar diperolehi ini memberikan kelebihan pada China untuk tawaran dalam rundingan perdagangan bersama Amerika Syarikat?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat