‘Big Coin’ Matawang Crypto Yang Akan Digunakan Oleh AirAsia

1,357

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan menggantikan mata ganjaran penerbangan mereka menjadi matawang-crypto dan sedang mempertimbangkan initial coin offering (ICO).

Bagi anda yang tidak tahu apa itu ICO? ICO adalah sama seperti IPO (initial public offering) tetapi perbezaannya adalah anda dapat saham syarikat dalam IPO, manakala dalam ICO anda akan mendapat token.

AirAsia berpangkalan di Kuala Lumpur dan merupakan syarikat penerbangan terbesar di Malaysia. Ia mengendalikan penerbangan domestik dan antarabangsa ke 165 destinasi yang merangkumi 25 negara. Hab utamanya adalah KLIA2 iaitu terminal penerbangan tambang murah di Sepang, Selangor.

Dalam temubual bersama Nikkei Asian Review, Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengatakan program mata ganjaran penerbangan sedang diubah kepada platform matawang crypto yang dipanggil sebagai ‘BigCoin’.

“Kami ada produk yang boleh menjadi matawang dalam ‘Big Loyalty’ dan kami sedang membina satu platform pembayaran supaya kedua-duanya boleh disesuaikan. Kami mempunyai ekosistem yang membolehkan anda menggunakan matawang itu. Tidak masuk akal menyimpan matawang yang tidak boleh digunakan, kata beliau. Dunia berubah dengan sangat pantas tetapi kami ada kebolehan untuk berinovasi dengan idea berdasarkan data dan ekosistem kami.”

Syarikat penerbangan yang lain juga berminat dengan teknologi blockchain sebagai model sistem ganjaran mereka. Pada November 2017, Air New Zealand bekerjasama dengan platfor Winding Tree untuk menerokai industri blockchain untuk pelbagai aplikasi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat