Binance Punca Lonjakan Harga BTC Jadi Terhad!

692

“Agaknya kenapa volum dagangan BTC Binance semakin turun?”

Sudah sedia maklum, platform kripto Binance telah berjaya mendominasi pasaran mata wang kripto berikutan jumlah dagangan besar yang direkodkannya, namun volum dagangan spot dan derivatif Bitcoin (BTC) di syarikat itu semakin berkurangan.

Dilaporkan, Binance merekodkan volum dagangan yang sangat tinggi dalam beberapa tahun lepas tetapi jumlahnya didapati menyusut sejak terdapat tuntutan mahkamah oleh Suruhanjaya Dagangan Niaga Komoditi (CFTC) pada Mac.

Sebagai rekod, jumlah dagangan BTC untuk pasangan BTC-USDT menyusut sebanyak 90% pada Binance sejurus selepas syarikatnya menamatkan dagangan BTC zero-fee untuk semua pasangan dagangan kecuali TrueUSD (TUSD).

Walaupun volum dagangan harian pada pasangan BTC-TUSD telah meningkat pada $170 juta, ia masih lebih rendah berbanding sebelum ini.

Secara umumnya, Binance melakukan perubahan besar pada program dagangan BTC zero-fee dan promosi yuran zero-maker untuk mengalih keluar Binance USD (BUSD) susulan tindakan keras oleh pengawal selia Amerika Syarikat (AS).

Selepas tuntutan mahkamah CFTC dan tamatkan beberapa dagangan zero-fee, pasaran saham Binance menurun 54% daripada 70% pada dua minggu lalu, di mana ia adalah paras terendah sejak 5 November tahun lepas.

Pada masa ini BTC melonjak sebanyak 2.40% mencapai paras $30,819 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Ethereum (ETH) canak 10.61% pada $2,121, namun kenaikan harga untuk kedua-dua aset digital itu mungkin terganggu susulan isu Binance tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat