Binance Tambah PEPE & SUI Dalam Platform, Harga Diramal Naik?

159

“Sejak kebelakangan ini memang dua kripto ni selalu jadi perhatian ramai.”

Susulan ingin memperluaskan lagi sokongannya, bursa gergasi mata wang kripto Binance mengumumkan pasangan Isolated Margin baharu untuk PEPE/TUSD dan SUI/TUSD serta menambah UMA/USDT sebagai aset digital boleh dipinjam pada Cross Margin.

Suka dimaklumkan bahawa harga PEPE termasuk SUI melonjak secara besar-besaran apabila Binance dan beberapa bursa kripto lain menyenaraikan aset digital tersebut.

Selain menyenaraikan PEPE dan FLOKI dalam Zon Inovasi, Binance turut menambah kedua-dua aset digital tersebut pada Cross Margin dan Binance Flexible Loan.

Sementara bursa kripto tersebut turut menambahkan SUI, FLOKI dan PEPE pada Binance Convert, di mana ia akan membenarkan pengguna serta-merta berbanding BTC, USDT dan kripto lain yang disokong bayaran sifar.

Meskipun begitu, Binance tetap akan lebih berhati-hati dengan SHIB dan BONE susulan pasukannya baru-baru ini telah mengeluarkan SHIB daripada Zon Inovasi tetapi masih menghadkan beberapa dagangan.

Menurut Michael van de Poppe, penganalisis kripto popular berkata bahawa harga PEPE harus melepasi $0.00000173 terlebih dahulu sekiranya ingin mencecah $0.00000240, namun perlu diingat ia boleh bertukar sebaliknya jika situasi berbeza.

Pada masa ini, harga PEPE melonjak sebanyak 8.47% pada paras $0.000001754 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $687 juta manakala SUI yang diasaskan Sui Network pula raih sekitar 2.40% pada $1.18.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat