USD Susut, Trader Siap Siaga Untuk Lebih Banyak Keluaran Data Ekonomi

253

US dolar didagangkan mendatar pada sesi Asia setelah susut dari paras tertinggi lima minggunya berbanding pesaing utama.

Data ekonomi daripada Amerika Syarikat terus mengejutkan pasaran dengan mempamerkan penurunan, di mana indeks pembuatan New York Empire mencatat kejatuhan terbesar sejak April 2020.

Ucapan empat penggubal dasar Federal Reserve (Fed) tampaknya gagal memberi impak ketara buat pasaran, yang terus menegaskan pendirian untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 2% bank pusat.

Terbitan data seterusnya yang akan diperhatikan oleh pelabur adalah laporan jualan runcit AS pada sesi New York.

Pada masa yang sama, pasaran terus mengikuti perkembangan dalam isu siling hutang AS (debt ceiling) terutamanya perjumpaan Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy pada hari ini.

Meneliti pergerakan mata wang utama, euro sedikit meningkat dari paras terendah yang disentuhnya pada Isnin, dengan tumpuan pelabur disasarkan kepada data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW pada sesi Eropah.

Selain itu, mata wang pound turut mencatat pemulihan daripada kejatuhan terdahulu dengan didagangkan lebih tinggi menjelang penerbitan data pekerjaan UK.

Sementara itu mata wang berkaitan komoditi, dolar Aussie dan New Zealand juga menokok ketika pasaran kini menunggu penerbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) dan data ekonomi dari China.

Di samping itu, dolar Kanada turut diniagakan stabil setelah menyusut rendah berbanding dolar greenback pada minggu lalu dengan fokus pasaran juga tertumpu kepada keluaran data inflasi Kanada.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat