Bitcoin (BTC) Bertahan Di Paras $56,000, Altcoins Hanya Mendatar

766

Bitcoin (BTC) pada hari ini menunjukkan pengukuhan dengan nilai dagangan semasa artikel ini ditulis berlegar di paras $56,000.

Berdasarkan pemerhatian, pelabur membuat penjualan BTC di bursa Bitstamp sehingga mencecah $40 juta hingga menyebabkan penyusutan sementara harga BTC sebanyak 8% kepada $51,011.

Pergerakan dramatik harga BTC bagaimanapun tidak menjejaskan prestasi aset ini di bursa kripto lain.

Sebaliknya BTC berjaya mencecah nilai tertinggi harian pada hari ini, $57,068, prestasi terbaik sejak 12 Mei dengan lonjakan 29% dalam bulan pertama bagi suku keempat.

Pada masa yang sama kebanyakan altcoins gagal mengikut pergerakan Bitcoin yang positif. Rata-rata aset ini hanya mencatatkan harga mendatar sama ada susut kurang 1% atau lebih 1% dalam 24 jam:

  • Shiba Inu (SHIB) melonjak hampir 4% dengan nilai dagangan $0.00002753.
  • Ethereum (ETH) meningkat 0.39% dengan nilai semasa $3,601.70.
  • IOTA (MIOTA) didagangkan pada $1.50 dengan peningkatan hampir 4%.

Pada hari minggu, whales masih meneruskan pengumpulan BTC.

Dikatakan alamat BTC yang memiliki 100 hingga 1,000 BTC telah mengumpul 85,700 BTC bermula akhir September. Perhatian ini juga mendapati aset whales kini sudah mencecah 21.3% daripada keseluruhan bekalan semasa.

Rekod transaksi yang berjaya diselesaikan di rangkaian Bitcoin mencatatkan peningkatan, melonjak ke paras tertinggi hari terbaru pada 6 Oktober, $31 billion. Secara tidak langsung, jumlah tersebut telah meningkat 40 kali ganda sejak permulaan 2020.

Menurut data daripada Coin Metrics, jumlah penyelesaian harian telah susut dengan rekod transaksi hanya $11.6 bilion pada 10 Oktober.

Manakala Bitinfocharts mendedahkan rata-rata nilai transaksi yang dijalankan di rangkaian Bitcoin meningkat dengan kukuh sepanjang 3 bulan, menyentuh paras $732,000, peningkatan sebanyak 273%  sejak awal Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat