Sebab Kenapa Trader GBP Perlu Waspada Minggu Ini

735

Minggu ini akan menjadi detik yang kritikal buat Britain dan Kesatuan Eropah (EU) yang berusaha untuk mendapatkan penyelesaian dalam masalah protokol Ireland Utara yang mengatur aliran perdagangan antara UK dan Ireland selepas Brexit.

Menurut pernyataan yang dilaporkan pada hujung minggu, UK akan memberitahu EU sekali lagi pada minggu ini bahawa perubahan ketara dalam perjanjian dagang sangat penting untuk memulihkan hubungan kedua-dua pihak.

Protokol tersebut adalah sebahagian daripada perjanjian Brexit yang dirundingkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson dengan EU.

Bagaimanapun, belum sampai setahun, UK telah meminta untuk perubahan semula kerana halangan yang dihadapi oleh perniagaan ketika mengimport barang-barang dari Britain ke wilayah itu.

Sementara itu, Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic mengatakan EU akan mengemukakan cadangan baru pada minggu ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, Sefcovic menegaskan bahawa beliau tidak akan merundingkan semula protokol itu, dan penyelesaian yang diperoleh perlu dalam terma perjanjian yang dirancang untuk menjaga perbatasan terbuka antara Ireland Utara dan Ireland (EU).

Pada sesi Eropah, matawang pound didagangkan stabil di sekitar harga 1.3650 berbanding USD, disokong oleh peningkatan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England (BOE).

Namun, pelabur perlu berwaspada sekiranya PM Johnson memutuskan untuk menolak cadangan EU dan terus bertegas merundingkan semula protokol tersebut, yang pastinya mendapat tentangan blok itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat