Bloomberg Lihat Ini Adalah Harga Diskaun Untuk Bitcoin

156

Para pelabur Bitcoin (BTC) dan pasaran mata wang kripto lain resah dengan pasaran bearish yang masih berlarutan sepanjang tahun 2022 ini.

Namun, pendapat firma media popular Bloomberg bertentangan dengan kepercayaan pelabur lain kerana menurutnya harga BTC akan naik walaupun buat masa ini BTC masih dalam pasaran bearish tetapi ia sebenarnya memberi peluang untuk pelabur mendapatkan harga diskaun.

Menurut Bloomberg, tindakan Federal Reserve dalam memerangi inflasi yang semakin meningkat memberi kesan negatif kepada aset berisiko, tetapi ditegaskan bahawa pasaran kripto akan mengalami pemulihan selepas pengetatan Fed selesai.

Di samping itu, Bloomberg yakin pasaran minyak mentah telah memasuki pasaran bearish sepenuhnya disebabkan prestasi nilainya baru-baru ini berada di bawah harga tinggi 2008, malah pasaran minyak mentah tersebut boleh menyumbangkan kepada proses pemulihan BTC.

Secara konteks, Bloomberg Intelligence pernah membuat penekanan yang sama tentang BTC pada bulan Mei 2021, meskipun BTC menghadapi penurunan yang agresif bersama pasaran kripto lain pada bulan April.

Sebaliknya, BTC menurun sebanyak 45% kepada paras terendah $34,000 pada bulan Mei tetapi Bloomberg Intelligence kekal berpandangan bullish walaupun kebanyakan pelabur sudah mula panik dengan keadaan tersebut.

Justifikasinya, BTC kini berada pada sekitar paras $19,500 iaitu turun 0.50% dalam tempoh 24 jam yang lalu termasuklah aset tersebut menembusi paras sokongan $20,000 dan kini berada dalam keadaan sukar, tetapi Bloomberg tetap bullish dengan BTC biarpun berlaku penurunan harga yang semakin membimbangkan dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat