USD Kukuh, Euro Lemah, EUR/USD Terjelopok Ke Dasar $0.9880

160

Menepati ramalan jangkaan penganalisis, harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD kembali paparkan corak penurunan semula setelah US dolar kembali mengukuh pada dagangan Selasa semalam.

Data tinjauan ISM sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam catat angka yang meningkat, menjadi pencetus untuk membuatkan raja mata wang US dolar kembali tersedar semula dari lamunan.

Di samping itu, pelabur juga sudah bersedia untuk kejatuhan nilai lebih rendah pada Euro berikutan tekanan krisis tenaga yang semakin meningkat di Eropah selepas penutupan saluran bekalan tenaga menerusi Nord Stream 1 dari Rusia ke Eropah bersambung lagi.

Pelabur juga akan berwaspada terhadap pergerakan tidak menentu Euro menjelang keputusan mesyuarat bank pusat Eropah pada Rabu esok hari.

Pada carta EUR/USD, harga telah memaparkan penurunan harian sekitar 120 pips semalam dari paras 0.99800 sehinggalah kembali menguji paras sokongan harga pada 0.98800.

Harga gagal membuat kenaikan melepasi paras pariti 1.0000, dan penurunan semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga telah kembali memberi isyarat untuk harga menyambung pergerakan trend bearish sebelum ini.

Penurunan harga jika diteruskan melepasi support 0.98800 seterusnya dijangka akan menuju pula ke sekitar 0.98000 untuk catatkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Namun, jika support 0.98800 kekal berjaya menghalang harga susut lebih rendah dan sebaliknya melonjakkan semula harga, melepasi halangan MA50 akan mencetus jangkaan awal bagi perubahan trend harga.

Rintangan pada paras pariti 1.0000 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji semula sebelum kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan menuju semula ke paras tumpuan sebelum ini pada zon 1.01000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat