Ringgit Jatuh Tak Boleh Bincang, Bursa Berdarah Angkara Si Dia

4,707

Bersentimenkan kebimbangan yang melimpah sehingga pasaran tempatan, Bursa Malaysia dibuka rendah.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, meramalkan muncul minat belian pada saham kewangan dengan kanuter perbankan menjadi mangsa penjualan saat akhir semalam.

Ketika pembukaan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.26 mata pada 1,485.01 daripada penutupan Selasa pada 1,488.27 dengan pembukaan lemah 2.35 mata pada 1,485.92.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 235 mengatasi kaunter untung pada 102, manakala 202 kaunter pula tidak berubah, 1,735 tidak didagangkan dan 8 digantung.

Jumlah perolehan pada 206.53 juta unit bernilai RM83.36 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare Bhd capai 2 sen pada RM8.92 dan RM6.17 sementara Public Bank Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 1 sen pada RM4.65, RM8.73 dan RM5.45.

Saham aktif memperlihatkan Metronic Global Bhd capai 1 sen pada 8.5 sen dan MQ Technology Bhd kekal pada 3.5 sen sementara Cypark Resources Bhd susut 2.5 sen pada 33 sen, UMediC Group Bhd kurang 0.5 sen pada 71.5 sen, dan Agmo Holdings Bhd kuncup 1 sen pada 92 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 26.37 mata pada 10,542.53, indeks FBMT 100 jatuh 26.34 mata pada 10,291.20, FBM 70 kuncup 47.11 mata pada 12,636.12, indeks FBM Emas Shariah susut 40.22 mata pada 10,593.83, dan FBM ACE junam 24.61 mata pada 4,775.78.

Segi sektor, indeks Perladangan naik 14.63 mata pada 7,014.68 sementara indeks Produk dan Perkhidmatan turun 2.10 mata pada 181.53, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 4.81 mata pada 16,730.08 dan indeks Tenaga susut 9.23 mata pada 712.21.

Dalam pada itu, nilai ringgit (RM) susut ke paras terendah 24 tahun berbanding dolar ketika sesi pembukaan pada 4.5010/5035 daripada 4.4970/4500 semasa penutupan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat