BOE – Kegagalan Mencapai Kesepakatan Brexit Akan Memudaratkan Pertumbuhan Ekonomi UK!

373

Bank pusat UK (BOE) berpendapat ketidakpastian terhadap isu Brexit dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan semakin meningkat dan menyebabkan prestasi ekonomi UK berada di bawah potensi yang seharusnya dikecapi dan kegagalan untuk mencapai kesepakatan dengan Kesatuan Eropah sebelum 31 Oktober akan menambah buruk masalah.

Keseluruhan sembilan ahli  kesemua ahli MPC (Monetary Policy Committee) BOE mengundi agar kadar faedah dikekalkan pada 0.75% dan memberi amaran bahawa situasi no deal akan memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi dan matawang sterling.

Namun dalam masa yang sama minit mesyuarat polisi buat pertama kali memberikan amaran yang jelas terhadap impak yang bakal dihadapi jika Brexit terus ditangguhkan dengan mengatakan “ketidakpastian” terma-terma pengunduran UK daripada EU  akan mendatangkan kemudaratan walaupun pada skala yang lebih kecil.

Tambah BOE, semakin lama ketidakpastian terhadap Brexit terus berlangsung ditengah pertumbuhan ekonomi global yang perlahan maka semakin tinggi kebarangkalian bahawa pertumbuhan ekonomi UK berada dibawah paras potensi.

BOE juga menyatakan bahawa ketegangan perdagangan antara AS dan China juga telah memberi impak negatif terhadap pelaburan perniagaan di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat