BOJ Kekal Kadar Faedah -0.10%, USD/JPY Papar Terjunan!

245

Pelabur Asia pada hari ini menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun pada sesi Asia untuk mengetahui petunjuk berkenaan dasar monetari selanjutnya.

Bank of Japan (BOJ) seperti yang dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10% dan penggubal dasar dilihat tidak membuat sebarang perubahan pada polisi sedia ada.

Bank pusat dilihat terus memantau perkembangan semasa ekonomi di Jepun dan menyatakan persediaan untuk melanjutkan pelonggaran dasar jika diperlukan.

Mata wang Yen memberi reaksi yang tidak ketara selepas keputusan mesyuarat itu, menyaksikannya sedikit melemah berbanding US dolar sebelum kembali bergerak mendatar.

Diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga yang mendatar di paras 148.100 kemudiannya sedikit melonjak ke paras 148.500 sebelum susut ke sekitar 147.900.

Pergerakan harga yang kembali mendatar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut boleh memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish harga.

Halangan MA50 tersebut diuji pada dagangan yang bersambung di pembukaan sesi Eropah sebelum harga paparkan terjunan ketara menuju zon tumpuan pada 147.00.

Jika harga kecundang lebih rendah melepasi zon tersebut, pergerakan bearish akan diteruskan menuju sehingga ke sekitar 146.00.

Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi selepas ini, kenaikan harga berkemungkinan boleh mengatasi paras ketinggian minggu lepas.

Seterusnya, sasaran untuk kenaikan yang lebih tinggi adalah menuju zon 150.00 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 9 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat