Boleh Ke GBP/USD ‘Terbang’ Minggu Ini?

395

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi mendatar pada awal minggu ini menyambung corak dagangan minggu lalu yang bergerak dalam julat zon 1.28000 hingga 1.27000.

Paras 1.27000 kekal menjadi sokongan semasa buat harga daripada alami kejatuhan lebih parah, namun harga masih belum lagi mencapai kenaikan ke paras 1.28000.

Setakat sesi New York semalam, harga sekadar mencapai paras 1.27650 dan sedikit kenaikan lebih tinggi dipaparkan pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Selasa).

Ini didorong oleh pergerakan lemah US dolar pada Isnin semalam walaupun sentimen pasaran masih dinilai berisiko.

Pelabur berkemungkinan akan mengambil langkah lebih berjaga-jaga minggu ini menantikan berlangsungnya acara tahunan Simposium Jackson Hole.

Kedua-dua mata wang Pound dan US dolar dilihat akan dipengaruhi oleh terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dahulu pada Rabu sebelum tumpuan beralih ke acara tersebut yang bermula pada Jumaat.

Sementara itu, pergerakan harga akan dijangka tidak menentu dan berisiko untuk para pelabur sehingga muncul petunjuk yang lebih jelas.

Untuk jangkaan bagi kenaikan harga, zon 1.28000 bakal diuji yang telah menjadi rintangan buat harga untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Sekiranya berjaya dilepasi, harga akan meneruskan pendakiannya menuju paras tumpuan berikutnya pada 1.29000.

Sebaliknya, jika harga kembali menjunam di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, akan memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish.

Penurunan akan menguji sekali lagi sokongan 1.27000 dan jika akhirnya berjaya ditembusi, zon 1.26000 akan jadi sasaran seterusnya untuk corak penurunan yang dilanjutkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat