Syarikat AS Janjikan Pelaburan RM465 Bilion Di Malaysia

1,733

Rupa-rupanya firma Amerika Syarikat telah menjanjikan pelaburan berjumlah AS$100 bilion atau RM465.2 bilion dalam pelbagai sektor di negara ini, iaitu sejak 18 bulan lalu.

Perkara itu disahkan oleh Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters yang mengatakan cadangan tersebut melibatkan bidang tumpuan seperti elektronik dan semikonduktor.

Ujarnya, pelaburan yang semakin meningkat ke negara ini baik untuk AS, lebih-lebih lagi Malaysia telah memainkan peranan penting dalam sumbangannya kepada rantaian bekalan dunia ketika pandemik Covid-19 melanda.

Hal ini kerana, banyak kilang yang bergantung secara langsung pada barangan buatan Malaysia, jadi kedua-dua negara mempunyai hubungan ekonomi yang saling menguntungkan sehingga hari ini.

Tambah beliau lagi, kebanyakan syarikat AS yang telah melabur juga sudah meraih keuntungan daripada teknologi terkini yang ditawarkan ke negara ini.

Difahamkan, Malaysia turut bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik yang bakal berlangsung Oktober tahun ini bagi membincangkan cara mewujudkan ekonomi bersih dengan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat