Bursa Malaysia Bergelora Sejak Pembukaan Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

293

Bursa Malaysia alami sentimen bercampur-campur pada tengah hari Jumaat ini apabila sesi pengambilan untung bergerak sederhana dalam kaunter bermodal kecil bagi mengehadkan keuntungan awal.

Pada jam 12.30 tengah hari, FBM KLCI menokok 1.30 mata kepada 1,537.13 daripada 1,535.83 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.69 mata lebih tinggi pada 1,536.52 dan kini bergerak antara 1,535.32 hingga 1,540.50 semasa sesi dagangan pagi tadi.

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 415 berbalas 405. Manakala, 425 kaunter tidak berubah, 1,031 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.68 bilion unit yang bernilai RM1.19 bilion.

Menurut kenyataan Malacca Securities, mereka menjangkakan lantunan selanjutnya dalam kaunter bermodal kecil selepas fasa penyatuan baru-baru ini.

Sementara itu, kaunter wajaran tinggi seperti Malayan Banking Bhd menokok tiga sen kepada RM9.73, CIMB Group Holdings Bhd melantun 12 sen kepada RM6.64 dan Tenaga Nasional Bhd naik empat sen kepada RM11.20. Public Bank Bhd tidak berubah pada RM4.30 dan Petronas Chemicals Group Bhd susut sembilan sen kepada RM6.85.

Bagi kaunter aktif, AMMB Holdings Bhd menokok 10 sen kepada RM4.05, Master Tec Group Bhd naik 1.5 sen kepada 82.5 sen manakala Fitters Diversified Bhd tidak berubah pada 5.5 sen. Malayan United Industries Bhd tidak berubah pada enam sen. Harvest Miracle Capital turun setengah sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 15.75 mata kepada 11,408.74, Indeks FBMT 100 meningkat 16.91 mata kepada 11,072.37 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 9.03 mata kepada 11,410.67.

Indeks FBM 70 mengumpul 64.71 mata kepada 15,397.98 manakala Indeks FBM ACE susut 16.24 mata kepada 4,689.04.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 83.00 mata kepada 17,346.84, Indeks Perladangan memperoleh 25.05 mata kepada 7,292.86 dan Indeks Tenaga meningkat 4.95 mata kepada 902.16. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.61 mata kepada 174.44.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat