Bursa Malaysia Kekal Positif Menjelang Penghujung 2023

317

Indeks saham penanda aras Malaysia kekal dalam pergerakan positif pada tengah hari selepas melihat prestasi baik di Wall Streets yang mengembalikan harapan para pelabur. Ia meraih peningkatan kecil sebanyak 0.13% pada sesi awal dagangan walaupun situasi pasaran semalam agak suram.

Tepat pada pukul 12.30 tengah hari tadi, FBM KLCI naik sebanyak 2.99 mata kepada 1,453.77 dan kebanyakan saham mewah bertukar lebih tinggi berikutan pengambilan untung selama empat hari.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Wall Street kekal kukuh berikutan sentimen optimis terhadap ekuiti AS yang terus mendorong tiga indeks utama hampir mencecah paras tertinggi.

Katanya lagi, mereka menjangkakan berlakunya aliran naik ini bagi meredakan keadaan pasaran jika Federal Reserve (The Fed) memutuskan untuk terus memanjangkan lagi tempoh pelarasan kadar faedah AS.

Melihat kepada pergerakan pasaran, sentimen menunjukkan positif di mana kaunter untung 391 melebihi jumlah kaunter rugi sebanyak 379. Jumlah dagangan ialah 1.84 bilion saham yang bernilai RM937.18 juta.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI susut ke paras 1,450 berikutan tiada aktiviti susulan daripada pembelian saham tempatan dan dalam persekitaran dagangan yang perlahan semalam.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank menambah 16 sen kepada RM18.66, Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM7.23, Maybank dan YTL Power masing-masing meraih dua sen kepada RM8.91 dan RM2.52.

Bagi saham aktif, Sarawak Cable meraih lima sen kepada 33 sen, Bina Puri dan Minetech masing-masing naik setengah sen kepada sembilan sen dan 16 sen manakala TWL susut setengah sen kepada tiga sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM ACE meningkat 5.14 mata kepada 5,224.11, Indeks FBM Emas menokok 17.47 mata kepada 10,822.62 manakala Indeks FBMT 100 naik 14.57 mata kepada 10,481.75.

Indeks FBM 70 meningkat 22.40 mata kepada 14,647.99 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 12.31 mata kepada 11,023.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat