Cardano (ADA) Berpotensi Sertai ‘Big Three’ Bersama Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH)

632

Pakar strategi bagi matawang kripto, Amy Arnott daripada firma pengurusan aset Morningstar mendedahkan Cardano (ADA) akan tampil menyertai ‘BIG THREE’ bersama Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Dengan projek yang pelbagai oleh Cardano, Arnott yakin rangkaian itu tiada bezanya dengan Ethereum:

“Protokolnya memiliki aplikasi teknikal yang berpotensi. Ramai yang menyokong pertumbuhan Cardano, dan ia juga memiliki pelbagai stablecoins.

Ketika lambakan pelabur institusi menyasarkan matawang kripto sebagai aset pelaburan, Arnott juga berharap kepelbagaian dana indeks matawang kripto dalam bentuk dana dagangan bursa (ETF).

Sekurang-kurangnya, pengenalan ETF yang berdasarkan kepada kripto merupakan cara selamat untuk golongan ini, termasuk pelabur runcit terlindung daripada volatility (ketidaktentuan) yang tinggi.

Walakin begitu, buat masa sekarang Securities and Exchange Commission (SEC) masih belum meluluskan mana-mana permohonan ETF kripto di Amerika Syarikat (AS).

Terbaru pada Isnin, Goldman Sachs telah menfailkan ETF kewangan desentralisasi (DeFi) dan ekuiti blockchain kepada agensi itu selepas seminggu Grayscale melancarkan dana khas untuk pendedahan pelabur terhadap DeFi.

Malah, volatility menyebabkan sukar untuk menentukan harga yang sesuai untuk matawang kripto. Misalnya Ethereum yang merupakan tunjang utama kepada pasaran DeFi dan NFT, sepatutnya sudah memaparkan lantai harga berdasarkan penggunaannya yang meluas.

Perkara yang sama juga tidak mustahil akan berlaku terhadap Cardano sebaik sahaja rangkaian itu merasmikan sokongan terhadap kontrak pintar selepas tamat hard fork Alonzo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat