Cardano (ADA) Mencanak 7% Lepas Naik Taraf Ini Ditayangkan Secara Langsung!

287

Pelancaran hardfork Vasil Cardano (ADA) yang disiarkan secara langsung telah melonjakkan harga ADA sebanyak 7% iaitu $0.47 pada tempoh 24 jam lalu.

Organisasi induk Cardano Input Output Global (IOG) memaklumkan bahawa syarikatnya berjaya melaksanakan peningkatan Vasil pada mainnet* ADA.

*Mainnet merupakan blockchain yang berfungsi dan beroperasi sepenuhnya

Diperjelaskan, Vasil hardfork bertujuan mempertingkatkan prestasi dan keupayaan blockchain ADA , pengalaman pembangun yang lebih efektif, menambah baik rangkaian serta kos lebih rendah.

Sementara itu, peningkatan skrip Plutus** menambahkan keupayaan baru terhadap pembangun di mainnet ADA pada 27 September.

**Plutus merupakan platform kontrak pintar blockchain ADA yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan blockchain ADA

Ia akan memberikan model kos Plutus V2 baharu untuk aktif pada rantaian, sekali gus membuka sepenuhnya fungsi Vasil untuk komuniti pembangun.

Komuniti kripto dan syarikat lain juga mengucapkan tahniah kepada pasukan ADA susulan pelaksanaan peningkatan Vasil yang sangat cekap, misalnya Bill Barhydt pengasas platform perdagangan kripto Abra menyebutnya sebagai kemenangan besar untuk pembangun ADA.

Sebagai rekod, pasukan ADA kini akan menumpukan dalam pembinaan penyelesaian skalabiliti Layer-2, protokol Hydra yang akan dilancarkan pada akhir 2022 atau pada suku pertama 2023.

Protokol Hydra merupakan pemprosesan transaksi di luar blockchain ADA yang menggunakan mainnet sebagai lapisan keselamatan.

Daripada sumber yang berbeza, mata wang kripto ADA telah dimasukkan dalam pertukaran aset digital Luno pada 21 September manakala Solana pada 6 Oktober bagi mengembangkan lagi rangkaian aset digitalnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat