CEO Ripple Nampak Kegemilangan XRP, Kes Dijangka Tamat Pada 2022

3,644

Kes perbicaraan antara Ripple dan Securities Exchange and Commission (SEC) ada pengakhiran yang positif, sekurang-kurangnya itu apa yang dipercayai CEO Ripple.

Jelas Brad Garlinghouse, hakim yang bertanggungjawab mengadili kes tersebut membentangkan soalan-soalan yang baik dan adil.

Ini membuktikan pihak mahkamah mula sedar perbicaraan ini bukan tentang Ripple semata-mata tetapi ia melibatkan kesan yang lebih luas. Misalnya, komuniti Ripple.

Walaupun proses yang diambil mahkamah agak perlahan, Garlinghouse meramalkan kes ini bertemu dengan penamat pada 2022.

Imbas semula kes Ripple-SEC

Pada Disember 2020, Ripple telah dituduh menjual sekuriti tidak berdaftar iaitu XRP dan SEC mengemukakan saman.

Tetapi Ripple segera menyangkal dakwaan tersebut, menjelaskan XRP bukan dikategorikan sebagai aset sekuriti.

Sejak daripada itu, kes tersebut dibicarakan dengan lebih telus sehingga melibatkan ribuan pelabur XRP dan pengakuan daripada bekas pegawai SEC, William Hinman.

Prestasi XRP sepanjang perbicaraan kes berlangsung tidak begitu mengujakan. Segelintir pelabur sudah mula tawar hati dan sebahagiannya pula masih mengharapkan khabar yang baik.

Ketika artikel ini ditulis, XRP didagangkan pada $1.03, susut 0.45% dalam 24 jam. Kali terakhir aset ini didagangkan di paras tertinggi sepanjang masa (ATH) adalah pada 14 April 2021 dengan nilai direkod, $1.96.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat