China Buat Hal Lagi, Daerah Hebei Isytihar Hentikan Perlombongan & Dagangan Kripto!

678

Daerah Hebei China isytihar perang terhadap pasaran kripto dengan mengambil tindakan yang keras terhadap kripto. Pihak berkuasa bagi daerah Hebei telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan penyiasatan dan mengambil tindakan kepada ‘miner’ Bitcoin dan bursa kripto bermula Oktober.

Pengisytiharan itu dibuat melalui sebuah artikel yang menekankan bahawa aset kripto sebagai ancaman nasional yang mampu menganggu ekonomi dan sosial.

Artikel tersebut menyatakan bahawa perlombongan kripto menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan ini bertentangan dengan matlamat China dalam kelestarian alam. Selain itu, perlombongan kripto juga menganggu operasi kewangan negara.

Dilaporkan beberapa Jabatan kerajaan dan perbankan telah bekerjasama untuk menerapkan beberapa langkah untuk menghambat operasi perlombongan kirpto dan bursa perdagangan kripto.

Pelan pindaan tersebut merangkumi pengesahan dan pemeriksaan sistem maklumat yang digunakan oleh perniagaan kripto di daerah Hebei. Dengan ini, perniagaan kripto dikerah untuk meningkatkan langkah keselamatan sistem dan sistem pengurusan dalaman. Dalam masa yang sama turut dilaran melombong kripto secara haram.

30 September adalah tarikh akhir untuk melakukan perkara tersisa. Setelah itu, operasi syarikat perlombongan kripto dan bursa kripto akan dihentikan. Sebarang projek pembinaan atau kebenaran beroperasi mestilah mendapatkan persetujuan pihak berkuasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat