Data Tuntutan Pengangguran Meningkat, Perkembangan Ekonomi A.S Jadi Tanda Tanya!

372

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran meningkat lebih daripada jangkaan pada minggu lalu namun kekal pada tahap yang konsisten dengan pasaran buruh yang tersepit.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 27,000 kepada 229,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 4 Jun, kata Jabatan Buruh pada Khamis. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters malah telah meramalkan 210,000 permohonan bagi minggu terkini.

Data ini adalah merangkumi perkiraan pada cuti Hari Peringatan. Kebiasaanya, model yang digunakan kerajaan untuk menyisihkan perkiraan turun naik bermusim daripada data menjangkakan penurunan besar dalam permintaan pekerjaan dalam waktu cuti. Walau bagaimanapun, terdapat ruang terhad untuk penurunan besar dengan tuntutan yang tidak diselaraskan.

Lou Crandall, ketua ekonomi di Wrightson ICAP menjangkakan kenaikan jumlah tuntutan pengangguran ini akan terbatas dengan laporan tuntutan pengangguran yang bakal dikeluarkan minggu hadapan. Tuntutan pengangguran setakat ini bermain pada paras rendah sejak menjunam ke paras terendah lebih 53 tahun iaitu 166,000 pada Mac. Jumlah tuntutan juga telah jatuh daripada rekod tertinggi 6.137 juta pada April 2020.

Rizab Persekutuan (the Fed) mengetatkan dasar monetari bagi meredakan permintaan, termasuk untuk buruh bagi menghambat inflasi yang tinggi. Kerajaan melaporkan Jumaat lalu bahawa bacaan NFP meningkat sebanyak 390,000 pekerjaan pada bulan Mei, dengan kadar pengangguran kekal stabil pada 3.6% untuk bulan ketiga berturut-turut.

Walaupun terdapat laporan syarikat membekukan pengambilan kerana menjangkakan kemelesetan ekonomi tahun hadapan, permintaan untuk buruh kekal kukuh, dengan 11.4 juta peluang pekerjaan pada akhir April.

The Fed dijangka menaikkan kadar faedah dasarnya sebanyak 50 mata asas lagi Rabu depan. Kenaikan setengah mata peratusan tambahan dijangka pada bulan Julai. Bank pusat A.S. telah meningkatkan kadar semalaman sebanyak 75 mata asas sejak Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat