Di Morocco, Lelaki Ini Beli Kereta Pakai Bitcoin Kena Denda $3 Juta & Masuk Penjara!

455

“Kesian dia, tak pasal-pasal kena penjara hanya disebabkan bayar guna BTC je.”

Susulan masih menganggap penggunaan mata wang kripto menyalahi undang-undang, negara Maghribi (Morocco) mengenakan denda $3.7 juta dan 18 bulan penjara terhadap seorang pengguna aset digital yang membeli kereta mewah melalui Bitcoin (BTC).

Diperjelaskan lebih terperinci, Mahkamah Rayuan Casablanca telah mendakwa seorang warganegara Perancis berusia 21 tahun bernama Thomas Clausi atas kesalahan penipuan dan penggunaan kripto secara haram.

Menurut Mohamed Aghanaj, peguam Clausi berkata keputusan mahkamah tersebut menunjukkan bahawa sistem kehakiman Maghribi mengambil pendirian teguh terhadap penggunaan kripto di negara Maghribi.

Hal ini kerana Clausi yang menggunakan BTC untuk membeli Ferrari telah ditangkap pada Oktober 2021 susulan kastam Maghribi menganggap penggunaan kripto adalah pemindahan dana menyalahi undang-undang.

Secara konteks, kes undang-undang terhadap Clausi tercetus apabila seorang wanita tinggal di Casablanca menuduhnya penipu selepas membayar sebanyak $437,000 dalam BTC untuk membeli kereta mewah tersebut.

Selain sekitar 900,000 individu daripada penduduk Maghribi memiliki kripto, negara tersebut telah dipuji sebagai nombor satu dalam perdagangan BTC di seluruh Afrika Utara pada tahun 2021, ulas penyedia aset digital di Singapura digelar Triple A.

Setahun kemudian selepas penangkapan Clausi pada tahun 2021 itu, Maghribi mula melaksanakan rangka kerja kawal selia kripto untuk mentakrifkan aset digital sebagai sah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat