Dua Faktor Ini Punca Cardano (ADA) Meroket Lebih 20%

293

Cardano (ADA) kekal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak minggu lalu.

Ketika penulisan artikel, ADA mencatatkan nilai dagangan $0.92 seunit, meningkat 7% dari paras terendah harian, $0.86 semalam.

Jika dilihat pergerakan ADA sejak minggu lalu (14 Mac), aset ini melonjak lebih 20% dari paras $0.77 sebelum menyentuh paras tertinggi harian, $0.93 sebentar tadi.

Apa yang berlaku?

Dua faktor yang boleh diberi perhatian: peningkatan projek yang dilaksanakan di Cardano, dan perlaksanaan penambahbaikan rangkaian.

Difahamkan pembangun Cardano, Input Output Global (IOG) telah bertungkus-lumus membuat pembaikan melalui peningkatan saiz memori per blok.

Pada hari ini, mereka telah mengeluarkan cadangan untuk meningkatkan had memori untuk platform kontrak pintar, Plutus dari 56 juta kepada 62 juta.

Secara tidak langsung, usaha ini akan memampankan lagi skalabiliti Cardano.

Pada masa yang sama, IOG turut menekankan bahawa perubahan ini akan ketara berkuatkuasa pada hari ini, jam 5.44 pagi waktu Malaysia sebaik sahaja Cardano mencapai batasan epoch (epoch boundary) 328.

Epoch merujuk kepada tempoh masa tertentu. Bagi Cardano, satu epoch berdurasi selama 5 hari.

Perubahan ini juga berpotensi menyebabkan rangkaian sesak kerana pelancaran sejumlah projek terbaharu DeFi, peningkatan jumlah pengguna baharu, lagi-lagi pelancaran non-fungible token (NFT) atau token baharu.

Selesai sahaja aspek ini, ekosistem Cardano akan terus berkembang dan fokus akan diberi untuk penambahbaikan kapasiti dan kelajuan rangkaian, serta memastikan desentralisasi memainkan peranan bersama kehadiran perlindungan yang mampan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat