ECB Dijangka Turunkan Kadar Faedah, Dolar Euro Bakal Menjunam Hari Ini?

527

Sentimen pasaran yang semakin positif berikutan perkembangan yang baik rundingan dagang antara Washington dan Beijing pada minggu ini telah menjadi faktor yang mendorong pengukuhan matawang utama dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pasaran.

Dolar AS mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi enam minggu berbanding Yen yang merupakan dagangang safe-haven yang terkesan oleh sentimen positif pasaran. Faktor tersebut juga turut menyokong kembali dagangan matawang yang sensitif terhadap risiko dalam pasaran iaitu matawang China, Australia dan juga Korea Selatan.

China telah mengeluarkan senarai barangan Amerika Syarikat yang dikecualikan daripada dikenakan cukai sementara Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa beliau akan menangguhkan kenaikan tarif untuk dua minggu pada Oktober.

Atas alasan permintaan oleh Timbalan Presiden China Liu He serta People’s Republic of China yang menyambut ulangtahun yang ke 70 pada 1 Oktober, Presiden Trump bersetuju untuk menangguhkan kenaikan tarif ke atas $250 bilion barangan China yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Oktober, dianjakkan kepada 15 Oktober 2019.

Matawang Pound Britain bergerak mendatar pada dagangan Rabu semalam berlegar di sekitar paras tertinggi enam minggu berbanding dolar AS yang dicapai pada awal minggu ekoran para pelabur sedang menilai peluang Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk mencapai kejayaan untuk rundingan Brexit bersama Kesatuan Eropah sebelum tarikh 31 Oktober nanti.

Kebarangkalian situasi no-deal Brexit masih lagi menjadi kebimbangan buat pelabur ekoran pendirian teguh PM Johnson untuk mengundurkan Britain dari Kesatuan Eropah pada penghujung Oktober.

Namun, tumpuan lebih utama pada hari ini akan terarah pada mesyuarat bank pusat Eropah dengan keputusan akan diketahui pada jam 7.45 petang waktu Malaysia.

Para pelabur menjangkakan European Central Bank (ECB) akan menurukan kadar faedah kepada 10 mata asas dengan polisi pelonggaran akan dikekalkan oleh ECB untuk menyokong ekonomi yang mempamerkan pertumbuhan perlahan.

Dagangan dolar Euro diramalkan akan terus menyusut dengan bank pusat akan memperkenalkan program pembelian aset yang baru. Kenyataan susulan bank pusat selepas keputusan penetapan kadar akan menjadi fokus pelabur bagi mendapatkan petunjuk bagi jangkaan mesyuarat polisi masa akan datang.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat