Kripto Dijadikan ‘Jalan Keluar’ Dari Sekatan, ECB Keluarkan Amaran Keras!

13,869

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde sebentar tadi mengeluarkan amaran terhadap tindakan yang dilihat sebagai salah laku. Menurut beliau sejak permulaan perang di Ukraine, pertukaran rubel kepada matawang kripto telah meningkat dan ia dilihat sebagai langkah untuk mengelakkan sekatan yang telah dikenakan ke atas. Rusia.

Pada Persidangan Inovasi 2022 yang dianjurkan oleh Bank Pusat untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS), Lagarde menyatakan bahawa jumlah rubel yang ditukar kepada matawang kripto berada pada “tahap tertinggi sejak Mei 2021.” Lagarde menganggap bahawa matawang kripto adalah satu ancaman kerana ia boleh dimanipulasi untuk hal jenayah dan pengubahan wang haram.

Tambah Lagarde, matawang kripto telah digunakan untuk mengelak sekatan yang dikenakan ke atas Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine. Lagarde juga berkata bahawa mereka melihat bahawa pelarian Ukraine yang hijrah ke Slovakia, Hungary, Poland dan negara-negara lain tidak dapat menukarkan matawang mereke ke matawang lain. Hampir 3.5 juta rakyat Ukraine, kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga tua, telah meninggalkan negara mereka akibat pencerobohan Rusia, berdasarkan angka dari Agensi PBB (UNHCR)

Ramai yang merentasi sempadan dengan simpanan mereka, tetapi mereka tidak mampu memenuhi keperluan asas mereka kerana mereka tidak boleh menukarnya sama ada dalam euro atau dalam mata wang Eropah lain kerana kadar pertukaran yang ditawarkan terlalu tinggi. Bagi mengatasi isu ini, Kesatuan Eropah dan ECB cuba mewujudkan mekanisme pertukaran yang diterima oleh bank dan pejabat pertukaran.

Akhir sekali, ECB dan Lagarde telah mengeluarkan amaran dengan menyatakan “Kami telah mengambil langkah untuk memberi amaran kepada mereka yang menukar, menjalankan transaksi ataupun menawarkan perkhidmatan yang termaktub dalam kategori bersubahat bagi mengelakkan sekatan”.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat