Ecuador Umum Darurat, ‘Drug Lord’ Terlepas Dari Penjara!

600

Terkini, Presiden Ecuador, Daniel Noboa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di negara itu selepas banduan paling dikehendaki yang merupakan raja dadah hilang dari penjara di Guayaquil.

Situasi kecemasan itu merupakan ujian keselamatan besar yang pernah terjadi dan mencetuskan huru-hara di beberapa penjara lain negara itu.

Kumpulan kartel dadah itu juga sempat menawan penjara dan menangkap beberapa pengawal yang bertugas sebagai tebusan.

Susulan itu, kejadian pertumpahan darah turut berlaku di beberapa lokasi panas seluruh Ecuador.

Lebih mengejutkan, sebuah stesen televisyen di Ecuador turut digempur oleh anggota kartel dadah ketika sedang bersiaran langsung. Beberapa individu bersenjata api masuk ke dalam studio dan melepaskan tembakan rambang.

Kata Naboa, beliau baru sahaja menandatangani dekri darurat supaya Angkatan Tentera mendapat sokongan penuh politik dan undang-undang bagi memburu suspek yang bernama Jose Adolfo Macias. Dia didapati hilang dari penjara pada hari Ahad yang sebelum ini menjalani hukuman 34 tahun.

Adolfo Macias Villamar atau lebih dikenali sebagai Fito, merupakan ketua kumpulan Los Choneros iaitu kumpulan gengster yang terlibat dalam beberapa rusuhan penjara dan menyebabkan kematian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebelum ini, Jose telah dikurung di bangunan keselamatan maksimum di sebuah penjara. Namun, awal minggu ini beberapa kartel dadah melakukan serangan besar-besaran di beberapa penjara dan menyebabkan sistem penjara gagal berfungsi sehingga boleh mengakibatkan banduan meloloskan diri.

Agensi penjara Ecuador berkata, berlakunya kejadian tragis pada hari Isnin di enam penjara yang sesak di negara itu. Pertempuran antara kumpulan kartel dadah telah tercetus dan dianggarkan lebih 400 banduan terkorban sejak 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat