Eh! EU Pun Dah Terjebak Dengan Kripto!

555

Sebuah laporan mendedahkan bahawa Kesatuan Eropah akan memperkenalkan peraturan baru dalam tempoh 4 tahun untuk membuat pembayaran rentas sempadan lebih cepat dan lebih murah melalui penggunaan aset blockchain dan kripto seperti stablecoin.

Oleh itu, Suruhanjaya Eropah akan menetapkan strategi untuk mendorong penggunaan kewangan digital yang lebih besar ketika sebanyak 78% pembayaran di zon eropah dilakukan secara tunai. Ia juga menginginkan peralihan cepat kepada sistem pembayaran digital kerana penularan wabak pandemik menunjukkan bahawa peranan pembayaran tanpa tunai semakin meningkat.

Seterusnya, Eksekutif EU akan mengemukakan draf undang-undang untuk menjelaskan bagaimana peraturan tersebut akan dikuatkuasakan untuk aset kripto dan menetapkan peraturan baru sekiranya terdapat penambahbaikan.

Menjelang 2024, EU akan membuat kerangka komprehensif yang memungkinkan penggunaan distributed ledger technology (DLT) dan aset kripto dalam sektor kewangan serta mengurangkan risiko yang bakal dihadapi.

Sementara itu, stablecoins, sejenis matawang kripto yang disokong oleh aset tradisional, telah membuka mata penggubal undang-undang pada tahun lalu ketika Facebook mendedahkan rancangan mereka untuk token Libra. Oleh yang demikian, bank pusat kini mengkaji sama ada akan melancarkan matawang kripto sendiri.

Di samping itu, EU juga ingin mempermudah perkongsian data dalam sektor kewangan untuk mendorong persaingan dan rangkaian perkhidmatan yang lebih luas, sambil menegakkan prinsip “same risk, same rules, same regulation”.

Jadi, ianya harus mempunyai peraturan dalam tempoh 4 tahun untuk membolehkan pelanggan baru mula menggunakan perkhidmatan kewangan dengan cepat setelah usaha pencegahan pengubahan wang haram dan pemeriksaan identiti selesai.

Pada 2024, prinsip pasport dan perlesenan one-stop harus digunapakai oleh semua bidang yang berpotensi kuat untuk melibatkan diri dalam sektor kewangan digital.

Sistem pembayaran digital dikhabarkan sesuai untuk banyak kegunaan di luar pemindahan kredit tradisional, khususnya untuk pembelian fizikal dan dalam talian, yang kini dikuasai oleh kad pembayaran.

Eropah telah lama mencari alternatif “home home” daripada MasterCard dan Visa, firma pembayaran AS yang banyak digunakan di rantau ini.  Justeru itu, suruhanjaya tersebut akan menilai kesan caj yang dikenakan kepada pengguna untuk pembayaran digital dan memerlukan caj yang lebih rendah daripada pemindahan kredit biasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat