US Dolar Tidak Menjadi Pilihan Pelabur, Pasaran Ambil Sikap Berhati-Hati!

760

Matawang US dolar didagangkan rendah berbanding matawang utama pada hari Jumaat berikutan data pekerjaan dan perumahan yang lemah. Ditambah pula sektor teknologi terus terkesan sehingga berlaku penjualan saham besar-besaran menambah lagi tekanan ke atas US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 92.873 setakat jam 11.55 p.m.

Data pekerjaan, yang dikeluarkan pada hari Khamis, menunjukkan bahawa tuntutan pengangguran awal berkurangan dari yang dijangkakan. Pada masa yang sama, data dari pasaran perumahan menunjukkan bahawa sebahagian daripada ekonomi bertumbuh perlahan setelah tiga bulan menunjukkan pemulihan yang sangat kukuh.

Disisi lain, Federal Reserve telah berjanji untuk mengekalkan kadar mendekati sifar sehingga sekurang-kurangnya pada akhir tahun 2023, namun bank pusat meminta lebih banyak bantuan fiskal dari Kongres, yang dimana setakat ini dilihat agak mustahil.

Matawang dolar Kanada mencatat penyusutan berbanding US dolar dengan susut sebanyak 0.10%. USD/CAD ditukarkan pada paras 1.3178 setakat jam 12.00 a.m.

Jualan runcit Kanada mencatat peningkatan sebanyak 0.6% pada bulan Julai iaitu peningkatan yang lebih tinggi dicatat sebelum penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun berikutan data inflasi yang jatuh sebanyak 0.1% pada bulan Ogos telah menghambat pengukuhan dolar Kanada.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada isu perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat