Emas Dijangka Sedia Untuk ‘Takeoff’, Bakal Meletup Atau Melingkup?

5,009

Pada awal minggu ini, harga emas berjaya mencapai rekod tertinggi dalam sejarah pada Isnin di puncak paras $2,144.48 dan harga pada carta XAU/USD menghabiskan baki mingguan ini pada paras stabil sekitar $2,025 hingga $2,032 yang telah mengurangkan keuntungan pada pembukaan Isnin depan.

Pasaran emas telah didagangkan rendah pada minggu ini dengan penurunan 2% daripada harga pembukaan hari Isnin kerana para trader menantikan data penting di penghujung minggu. Perhatian akan diberikan kepada data Nonfarm Payrolls (NFP) AS terbaru yang akan dikeluarkan pada malam ini.

NFP AS diramalkan akan mengalami kenaikan daripada 150,000 kepada 180,000, berlakunya penambahan baru pada bulan November.

Pasaran kini bergantung pada laporan tersebut dan para trader mengharapkan peluang ini akan meningkatkan kemungkinan buat Federal Reserve (Fed) untuk melanjutkan pemotongan kadar faedah.

Buat masa sekarang, emas menyusut hampir lima setengah peratus daripada bidaan rekod awal minggu lepas.

XAU/USD mengalami pergerakan ‘bullish’ sejak paras terendah Oktober yang mencecah $1,810 dan mendaki ke paras tertinggi sebentar sebelum ia kembali stabil yang ketara pada paras atas $2,020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat