EU Tekad Laksanakan Perjanjian Perdagangan Dengan UK!

280

Kenyataan Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier menyatakan bahawa pihak EU tetap bertekad untuk mencapai perjanjian dengan UK walaupun Perdana Menteri Boris Johnson memutuskan untuk merombak ulang perjanjian Brexit.

Walaupun United Kingdom telah mengundurkan diri dari EU pada bulan Januari namun ia masih anggota EU sehinggalah akhir tahun ini. Rundingan mengenai isu perikanan, peraturan negara dan bagaimana perdagangan di Ireland Utara telah di jalankan di bawah perjanjian Brexit 2020.

Johnson telah memperkenalkan rang undang-undang yang akan menggantikan beberapa bahagian dalam perjanjian 2020. Perkara ini ditentang hebat oleh EU walaupun ia mendapat sokongan parlimen. EU menyatakan bahawa pihak mereka boleh mengambil tindakan undang-undang atas pelanggaran undang-undang antarabangsa walaupun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Barnier tidak mengulas lebih lanjut mengenai kemungkinan perjanjian perdagangan dapat dimenterai atau tidak. Beliau hanya menyimpulkan bahawa pihak EU tekad untuk menyudahinya.Matawang pound sterling terus mencatat pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.15% pada paras bacaan 1.2746.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat