EUR/USD Bakal Alami Kesukaran Untuk Meningkat Ekoran Komen Presiden ECB

484

Tiada perubahan yang ketara dalam pasaran kewangan sejak awal minggu dengan pergerakan harga pada carta-carta utama kekal perlahan dan mendatar.

US dolar masih buntu untuk meneruskan pengukuhan yang tercetus pada penghujung dagangan minggu lalu ketika laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Pergerakan suram US dolar dilihat didorong oleh pelabur yang waspada menantikan keputusan laporan inflasi AS pula pada minggu ini.

Mata wang Eropah turut kehilangan momentum pada minggu ini selepas berjaya paparkan prestasi yang meyakinkan pada minggu lalu disokong oleh keputusan mesyuarat oleh bank pusat yang hawkish.

Namun, Euro sedikit tertekan pada minggu ini berikutan kenyataan oleh ahli bank pusat Eropah (ECB) Francois Villeroy yang menyatakan pasaran berkemungkinan terlalu memberikan reaksi yang berlebihan terhadap kenyataan Presiden ECB Christine Lagarde minggu lalu.

Malah, Lagarde sendiri turut menyatakan bahawa tidak perlu untuk tindakan pengetatan dasar secara besar-besaran. Ini kembali meredakan spekulasi untuk jangkaan pengukuhan Euro dalam tempoh terdekat.

Justeru pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD mula menampilkan corak penurunan harga semula selepas mencapai paras ketinggian 1.14800 pada minggu lalu.

Penurunan harga telah dilihat kembali ke paras 1.14000 untuk harga menguji zon sokongan tersebut setakat dagangan Selasa semalam.

Harga yang berlegar di atas paras tersebut masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat pergerakan harga masih bearish.

Penurunan harga boleh berlaku sekiranya US dolar berjaya mengukuh semula untuk menekan harga menembusi sokongan 1.14000 dan mencatatkan paras terendah terbaru minggu ini.

Zon sekitar 1.12700 dilihat menjadi zon penting yang akan dituju harga pada penurunan yang diteruskan sebelum ke paras sekitar 1.12000 atau lebih rendah pada zon support 1.11300.

Sebaliknya untuk jangkaan pergerakan menaik harga pula, jika harga berjaya melonjak lebih tinggi melepasi 1.14500, zon ketinggian 1.14800 bakal diuji lagi pada minggu ini.

Seterusnya, kenaikan harga akan mensasarkan ke paras 1.15300 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 13 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat