Saham Teknologi Terus Bantu Prestasi Pasaran Wall Street

167

Al kisah saham harini memperlihatkan indeks saham Amerika Syarikat (AS) melonjak hasil dorongan gergasi teknologi dan saham Eropah mendatar sementara harga minyak jatuh ekoran kerugian besar oleh British Petroleum (BP).

Selain itu, tindakan European Central Bank (ECB) yang cuba meredakan jangkaan kenaikan faedah membuatkan Euro mengundur.

Gergasi Teknologi Rangsang Rali Wall Street

Apple Inc, Microsoft Corp dan Amazon.com Inc mencatat lonjakan, seterusnya memulihkan keuntungan di pasaran Wall Street yang dibuka sedikit mengecewakan.

Bacaan inflasi AS yang bakal diterbitkan pada minggu ini telah menyebabkan saham perbankan seperti Bank of America Corp, JPMorgan Chase & Co dan Wells Fargo masing-masing naik 1%, selain turut mendorong hasil perbendaharaan AS memacak.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.06% pada 35,462.78, S&P 500 tambah 0.84% pada 4,521.52 dan Nasdaq Composite capai 1.28% pada 14,194.46.

Penanda aras STOXX 600 Eropah berakhir mendatar dengan saham teknologi memperlihatkan prestasi yang lemah seterusnya menyebabkan hasil bon naik.

Selain itu, saham minyak dan gas jatuh 1.8%, menjejaki penurunan pada harga minyak mentah dan BP yang tersenarai pada FTSE jatuh 2% selepas laporan keuntungan tahunan mencatat $12.8 bilion.

ECB Pencetus Euro Mendatar

Presiden ECB, Christine Lagarde yang mengeluarkan komen berkenaan ketidakperluan untuk pengetatan besar-besaran telah menyebabkan Euro melemah buat 2 hari berturut-turut.

Euro turun 0.21% pada $1.1418 sementara indeks dolar yang mengukur sejumlah 6 mata wang lain naik 0.198 mata atau 0.21% pada 95.597 dan Yen Jepun tambah 0.34% pada $115.5100.

Penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS mencapai paras tertinggi sejak November 2019 menjelang bacaan inflasi utama minggu ini dan jangkaan Fed yang akan memulakan pengetatan dan hasil perbendaharaan 3 tahun menurun pada lelongan $50 bilion.

Krisis Geopolitik Terus Beri Tekanan Pada Minyak dan Emas

Harga minyak dalam penurunan apabila pelabur menjangkakan penyambungan semula rundingan tidak langsung antara Amerika Syarikat dan Iran yang akan memulihkan perjanjian nuklear antarabangsa di Vienna selain akan membenarkan lebih banyak eksport minyak daripada pengeluar OPEC.

Andai perjanjian tersebut berjaya, ia boleh mengembalikan lebih 1 juta tong sehari (bpd) minyak Iran ke pasaran seterusnya meningkatkan bekalan global sebanyak 1%.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 2.1% pada $90.78 setong sementara niaga hadapan minyak mentah AS turun 2.1% pada $89.36.

Dalam pada itu, harga emas memacak ke paras tertinggi 2 minggu hasil rangsangan kebimbangan inflasi dan ketegangan Rusia-Ukraine.

Niaga hadapan emas AS GCv1 naik 0.37% pada $1,827.90 per auns dan harga spot naik 0.31%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat