EUR/USD Ke Paras Tertinggi Sejak April 2018!

761

Pelabur dikejutkan dengan lonjakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam ke paras tertinggi terbaru sejak April 2018!

Apa faktor yang membuatkan pergerakan drastik harga tersebut?

Faktor utama adalah dilihat kepada laporan tawaran terbaru oleh penggubal polisi di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah baru pakej rangsangan ekonomi bernilai $908 bilion. Angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding nilai yang dibincangkan sebelum ini.

Hal ini memberi keyakinan kepada para pelabur untuk ekonomi dipulihkan pada kadar lebih pantas sekaligus memberi kesan penyusutan US dolar dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven.

Seperti dilihat pada carta EUR/USD, harga telah berjaya menembusi resistance 1.20000 semalam selepas harga menjunam ketika menguji paras rintangan tersebut pada awal minggu.

Kenaikan harian harga pada Selasa semalam mencatatkan sekitar 160 pips ke paras ketinggian 1.20900.

Paras tersebut juga adalah tertinggi yang pernah dicapai harga selama lebih 2 tahun tempoh dagangan.

Momentum kenaikan harga dijangka akan dikekalkan sebelum laporan data pekerjaan NFP di penghujung minggu yang berkemungkinan akan memperlahankan pergerakan harga.

Kenaikan lebih tinggi di atas resistance 1.20900 dijangka hari ini dengan destinasi ketinggian terbaru sektitar 1.21500.

Jika penurunan harga berlaku, harga dilihat akan kembali menguji semula paras 1.20000 pada zon RBS (resistance become support) terbaru sebelum pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Sekiranya harga masih menyambung kenaikan semula dari zon RBS 1.20000 tersebut, trend masih kekal bullish. Sebaliknya jika harga turun lebih rendah, berkemungkinan sudah terdapat isyarat awal perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat