EUR/USD Tak Sambung Corak Menaik Minggu Lalu, Ada Petunjuk Terbaru?

259

Berlaku perubahan corak harga pada dagangan awal minggu semalam menyaksikan US dolar sedikit pulih dari kemerosotan berterusan sepanjang minggu lepas.

Namun belum cukup untuk mengatakan sudah berlaku perubahan trend yang jelas walaupun terdapat petanda awal.

Pelabur akan berwaspada menantikan pula terbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini yang akan memacu pergerakan US dolar.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan yang berterusan minggu lalu nampaknya terbantut pada Isnin semalam.

Kenaikan tidak diteruskan sebaliknya harga paparkan penurunan ke sekitar paras 1.09150 setelah melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang memberi isyarat bearish.

Kenaikan perlahan harga dipaparkan di sesi Asia pagi ini (Selasa), namun harga kekal berada di bawah garisan halangan MA50.

Arah pergerakan harga akan ditentukan oleh reaksi pada data inflasi AS malam nanti.

Sekiranya terjunan harga berlaku, zon 1.09000 adalah yang terhampir untuk diuji selepas kenaikan harga minggu lalu berjaya melepasi zon itu.

Penurunan lanjut harga jika diteruskan dilihat akan mencecah semula ke zon RBS (resistance become support) 1.08000.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula selepas ini, bergerak di atas MA50 akan menjangkakan kenaikan untuk diteruskan menuju paras tumpuan pada ketinggian 1.10000.

Paras minggu lalu bakal diatasi dan harga akan catatkan paras tertinggi terbaru 10 minggu sekiranya paras 1.10000 juga berjaya dilepasi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat