EUR/USD Terus Sambung Lagi Kenaikan Ke Paras Tertinggi Terbaru

944

Mata wang US dolar menyambung penyusutan yang dipamerkan penghujung minggu lalu pada dagangan pembukaan minggu ini berbanding mata wang utama yang lain.

Penganalisis pasaran masih melihat faktor kombinasi optimisme vaksin dan jangkaan untuk pelonggaran lebih lanjut polisi di Amerika Syarikat (AS) mendorong mata wang utama dunia itu terus susut nilai.

Nilai US dolar jatuh ke paras terendah 2 tahun, juga merekodkan kejatuhan terbesar sejak Julai lalu.

Berbanding mata wang Euro, harga telah mempamerkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru 2 bulan pada carta pasangan EUR/USD.

Pada Jumaat lalu, harga telah berjaya menutup dagangan sesi terakhir pada ketinggian sekitar 1.19600 selepas harga melonjak dari zon RBS (resistance become support) 1.19000 pada hari sebelumnya.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan ke paras ketinggian 1.20000 yang merupakan zon resistance yang diuji pada dagangan awal September lalu.

Namun pelabur perlu berwaspada sekiranya berlaku penurunan harga semula berkemungkinan dengan perubahan sentimen yang mengukuhkan US dolar.

Harga bakal turun semula ke zon RBS 1.19000 sebagai paras sokongan harga dan pelabur akan menilai sama ada harga mampu menembusinya atau menyambung semula kenaikan.

Jika harga terus turun lebih rendah, paras tumpuan pada penurunan seterusnya adalah pada zon RBS 1.18000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat