EUR/USD Naik Hampir 100 Pip, Ekonomi Zon-Eropah Kekal Kukuh

68

Matawang Euro naik dengan signifikan berbanding US dolar pada Selasa meletakkan ia di landasan betul untuk mendapat keuntungan terbesar sejak sebulan lalu. Matawang Euro meningkat disebabkan lebih kepada keyakinan terhadap ekonomi Zon Eropah yang kekal kukuh.

EUR/USD naik hampir 100 pip pada Selasa setakat pukul 10.55 malam. Ia adalah peningkatan sehingga 0.77% selepas data menunjukkan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah di paras 2.5% pada suku ketiga lebih tinggi daripada pertumbuhan di Amerika Syarikat.

Satu lagi laporan menunjukkan ekonomi Jerman bertumbuh melebihi jangkaan 0.8% pada suku ketiga disokong oleh pengukuhan perdagangan dan pelaburan.

Ini menunjukkan perancangan tapering oleh ECB berada di landasan yang betul pada Januari 2018.

Matawang Sterling (GBP) pula masih sukar membuat kenaikan tetapi stabil di paras semasa selepas data inflasi UK menunjukkan ia masih berada di paras tertinggi 3.0%.

Matawang GBP juga masih tertekan dengan ketidaktentuan politik UK yang mana Theresa May mungkin mendapat undi tidak percaya dari kalangan ahli Parlimen Konservatif sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat