FOMC & ECB Penentu Arah Harga EUR/USD Minggu Ini – Tembus $1.0800 Atau $1.0700?

145

Selepas pergerakan yang agak bercelaru minggu lalu, pastinya dagangan akan tambah bergelora pada minggu ini menjelang mesyuarat FOMC yang dinanti-nantikan pelabur.

Mata wang US dolar dilihat berjaya pulih sedikit pada Jumaat lalu selepas mengalami penyusutan ketara pada Khamis sebelumnya.

Jangkaan terhadap penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) semakin mengelirukan apabila Reserve Bank of Australia (RBA) dan Bank of Canada (BOC) mengejutkan pasaran minggu lalu dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Ekoran kadar inflasi yang dilihat masih menjadi perhatian buat bank pusat, indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) juga akan diperhati pada data yang akan diterbitkan pada Selasa.

Mata wang Euro pada minggu lalu berjaya capai paras tertinggi 2 minggu ketika US dolar alami penyusutan.

Keputusan mesyuarat oleh European Central Bank (EBC) akan diteliti pada Khamis dengan jangkaan kadar faedah bakal dinaikkan sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00%.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah melonjak dari paras 1.07000 mencapai ketinggian sekitar 1.07800 pada Khamis.

Namun, harga berundur turun semula pada Jumaat mengakhiri dagangan sesi terakhir sekitar 1.07450.

Pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, harga mula bergerak perlahan di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan isyarat awal untuk trend bearish buat harga.

Penurunan jika berlaku lebih rendah di awal minggu ini berkemungkinan akan menuju semula ke paras tumpuan 1.07000.

Susut lebih rendah akan mendorong jangkaan bagi harga ke sasaran zon 1.06000 selain mencatatkan paras terendah yang baru.

Namun jika harga melantun membuat kenaikan semula minggu ini, tumpuan adalah untuk harga menguji zon rintangan 1.08000 yang tidak berjaya disentuh pada kenaikan minggu lalu.

Kenaikan yang diteruskan melepasi rintangan tersebut dilihat akan menuju semula zon 1.09000 yang menjadi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat