Tergempar! SEC Nigeria Isytihar Haramkan Binance!

147

“Binance asyik terkesan, sampai bila perkara ini akan berlarutan?”

Operasi Binance di Nigeria diisytiharkan haram oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) di negara tersebut apabila bursa gergasi mata wang kripto itu sejak kebelakangan ini menghadapi pelbagai cabaran.

Diperjelaskan lebih terperinci, SEC Nigeria yang ingin menghentikan operasi bursa kripto tersebut telah mengisytiharkan anak syarikat Binance iaitu Binance Nigeria Limited sebagai ‘illegal’.

Hal ini kerana SEC Nigeria mendakwa Binance tidak didaftarkan atau dikawal oleh agensi tersebut, oleh itu pengawal selianya mengarahkan bursa kripto berikut untuk menghentikan warga Nigeria daripada melabur di platform Binance.

Walaupun Nigeria melarang pemberi pinjaman daripada memproses transaksi kripto, ia tetap menjadi antara negara teratas yang menyumbang kepada jumlah terbesar transaksi kripto melalui platform dagangan peer-to-peer di luar Amerika Syarikat (AS).

Pun begitu, SEC telah memberi amaran kepada warga Nigeria yang melabur dalam produk mahupun perkhidmatan kewangan berhubung aset digital susulan ia memiliki risiko agak tinggi yang mampu mengakibatkan pelabur rugi.

Langkah tersebut dibuat sejurus selepas Nigeria meluluskan Akta Kewangan 2023 yang mengenakan cukai keuntungan modal sebanyak 10% terhadap kripto.

Pada hari Isnin minggu lepas, seluruh pasaran kripto goyah sedikit apabila SEC AS mengenakan 13 pertuduhan terhadap Binance, Binance US dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Changpeng Zhao atau lebih dikenali sebagai CZ.

Syarikat di sebalik stablecoin TrueUSD (TUSD) pula mengumumkan bahawa minting melalui custodian kripto* digelar Prime Trust akan diberhentikan buat sementara waktu, di mana TUSD dan Prime Trust telah digunakan oleh Binance.

*melindungi aset digital dengan memastikan kunci peribadi pelabur diselenggara dengan selamat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat