FOMC Makin Hampir, USD Apa Khabar?

851

Dolar Amerika kekal memaparkan pergerakan yang tidak menentu menjelang keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis.

Pada penghujung sesi Eropah (Selasa), raja mata wang itu tergelincir rendah, dengan indeks dolar susut di bawah paras 105.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia kemudiannya memadamkan kerugian tersebut ketika memasuki sesi New York untuk kembali didagangkan stabil pada sekitar 105.13 pada sesi Asia hari ini.

Pelabur tentunya mengambil langkah berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat FOMC meskipun Fed dijangkakan secara meluas akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah.

Walaupun begitu, kenyataan susulan daripada Pengerusi Jerome Powell tentang panduan dasar seterusnya berpotensi untuk mencetuskan pergerakan drastik buat US dolar dan pasaran secara keseluruhan.

Sementara itu, mata wang yen terus ‘meniti’ di paras terendah 10 bulan pada sekitar harga 147.80 berbanding USD di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank of Japan (BOJ) akan keluar lebih awal daripada dasar monetarinya yang longgar.

Pun begitu, BOJ dijangka mengekalkan kadar faedah negatifnya pada hari Jumaat dengan meyakinkan pasaran bahawa rangsangan monetari akan kekal buat sementara waktu susulan ekonomi yang tidak menentu.

Dalam pada itu, pound didagangkan tidak berubah pada paras terendah tiga bulan ketika tumpuan pasaran terarah kepada penerbitan data inflasi UK pada sesi Eropah hari ini.

Euro juga terus berlegar pada sekitar harga yang sama di tengah-tengah ketidaktentuan dalam dagangan US dolar menantikan keputusan mesyuarat FOMC.

Mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand kembali mencatatkan penyusutan selepas People’s Bank of China (PBOC) mengekalkan kadar pinjaman utama (LPR) tidak berubah.

Selain itu, dolar loonie sedikit susut selepas mencapai paras ketinggian baharu enam minggu susulan data inflasi Kanada yang meningkat pada Ogos.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat