Pergh! Subsidiari Bank Pelaburan Terbesar Jepun Lancar Dana BTC!

354

“Wow terbaiklah, banyak firma besar nampaknya dah makin suka kripto.”

Laser Digital Asset Management, anak syarikat kepada Nomura Group yang merupakan bank pelaburan dan pembrokeran terbesar di Jepun telah melancarkan Bitcoin Adoption Fund untuk para pelabur institusi.

Langkah tersebut adalah penyelesaian pelaburan penggunaan aset digital pertama oleh anak syarikat Nomura Group, yang akan membenarkan pelabur institusi mengakses mata wang kripto.

Bukan sahaja Laser Digital Bitcoin Adoption Fund akan bantu pelabur institusi mendapat pendedahan kepada BTC, tetapi juga dapat menjimatkan kos dan selamat digunakan.

Laser dilaporkan mengaplikasikan penyelesaian jagaan terkawal (custody) Komainu yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Nomura, Ledger termasuk Coinshares, di mana ia bertujuan bagi mendapatkan aset dana.

Selain menyatakan dana BTC mempunyai pengurusan risiko dan pematuhan yang agak tinggi, Ketua Pengurusan Laser Digital Asset Management Fiona King turut berkata bahawa dana itu adalah portfolio Laser Digital Funds SPC.

Nomura Group rancang untuk menjadikan Laser Digital Bitcoin Adoption Fund menguntungkan dalam masa dua tahun, oleh itu mereka perlu bersaing dengan JPMorgan dan Goldman Sachs di tengah-tengah permintaan kripto semakin meningkat.

Bagaimanapun, Nomura Group berpandangan Laser Digital mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan dalam menjana sejumlah besar keuntungan susulan pasaran kripto kini masih bergerak mendatar.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.06% pada paras $27,290 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $531 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 5.18% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat