Fuh! Berpeluh Juga EUR/USD Nak Lepas Paras Pariti $1.0000

130

US dolar dilihat memaparkan prestasi suram untuk beberapa hari ini, menyusut dari paras tertinggi 20 tahun yang dicatatkan ekoran pelabur berwaspada menantikan petunjuk oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) pada acara Simposium Jackson Hole berkenaan dasar monetari.

Data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bakal diterbitkan pada sesi New York malam nanti menjadi tumpuan pelabur yang menjangkakan akan memacu pergerakan US dolar.

Sementara mata wang Euro pula masih lagi terkesan oleh krisis tenaga di Eropah dengan kebimbangan terhadap penutupan saluran paip Nord Stream 1 oleh Rusia atas alasan kerja-kerja penyelenggaran pada penghujung Ogos selasa 3 hari.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih lagi dilihat berlegar di atas paras sokongan semasa 0.99000 dengan rintangan masih lagi pada paras pariti 1.0000.

Terdapat peningkatan harga pada sesi New York semalam sekitar 90 pips, namun dilihat paras pariti 1.0000 kekal menjadi rintangan yang menghalang harga untuk keluar dari zon mendatar tersebut.

Namun, melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD boleh mencetuskan jangkaan awal untuk harga memulakan trend bullish semula.

Kenaikan harga perlu melepasi rintangan 1.0000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk isyarat pergerakan menaik harga yang lebih jelas.

Sasaran bagi kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju semula paras-paras tumpuan sebelum ini terutamanya pada rintangan 1.01000 sebelum ke paras 1.01600 pula.

Sebaliknya jika harga tetap gagal untuk melepasi paras 1.0000, penurunan harga berkemungkinan akan diteruskan mengatasi paras sokongan pada 0.9900.

Penurunan lebih rendah berpotensi untuk mencecah sehingga sekitar 0.9800 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat