Gabenor Bank Pusat Kanada Memberikan Komen Dovish? Patutlah Canadian Dollar Jatuh Semalam

55

Nampaknya, penetapan kadar faedah Bank of Canada menepati ramalan apabila Overnight Cash Rate (kadar semalaman) dikekalkan pada 0.50%.

Overnight Cash Rate adalah kadar faedah pinjaman institusi kewangan yang meminjam sesama sendiri. Contohnya, di Malaysia, Maybank meminjam wang kepada CIMB dan Maybank perlu membayar kadar faedah sebanyak 0.50%.

Poloz (Gabenor Bank Pusat Kanada) menyatakan terdapat tanda-tanda peningkatan dalam eksport sejak Julai, walaupun tahap eksport yang direkodkan setakat ini masih rendah dari jangkaan.

Eksport menjadi perhatian pihak bank pusat kerana terdapat faktor yang melemahkan aspek ini kerana adanya kejatuhan dalam kapasiti eksport Kanada.

Poloz juga mengatakan pihak bank pusat juga membincangkan secara terperinci tentang additional stimulus (Tambahan Rangsangan) untuk meningkatkan ekonomi kearah full-capacity (kapasiti-penuh).

Mungkin ini lah komen Dovish beliau semalam. Dovish bermaksud, pembuat polisi yang mempromosikan atau menggalakkan tindakan dalam polisi monetary yang melibatkan kadar faedah yang rendah.

Tambahan rangsangan untuk meningkatkan ekonomi kepada full-capacity yang dikatakan oleh Poloz di sini boleh jadi Bank of Canada menggunakan interest rate-targetting (sasaran kadar faedah) dengan menurunkan kadar faedah untuk menggalakkan pemain-pemain ekonomi di Kanada meminjam wang bagi tujuan pengambangan perniagaan.

Perniagaan yang berkembang dan kos meminjam yang rendah mampu meningkatkan ekonomi.

Dollar Kanada lemah secara drastik semasa persidangan bersama wartawan semalam.

Dengan reversal USD/CAD yang pada mulanya menguat semasa pengumuman kadar. USD/CAD yang pada mulanya telah menyentuh level 1.3000 akhirnya patah balik ke atas pada level 1.3100 hampir 100 pips kenaikan semasa persidangan akhbar.

Pun begitu, beliau mengakui kesan buruk ke atas kejutan harga minyak telah dapat ditanggani atau diserap oleh data pertumbuhan ekonomi (KDNK).

Poloz juga memberitahu mereka akan monitor secara rapat risiko-risiko yang berpotensi di bawa oleh inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat