GBP/JPY Buat U-Turn Semula Lepas Capai Paras Tertinggi 2023!

234

Menuju ke penghujung dagangan minggu ini, corak pergerakan harga sudah mula berubah pada carta pasangan mata wang GBP/JPY.

Pada Selasa lalu, harga berjaya melonjak hingga mencapai paras ketinggian di paras 166.200 merekodkan paras paling tinggi dicapai untuk tahun ini, namun penurunan disaksikan semula sehingga ke dagangan Rabu semalam.

Prestasi Pound kekal suram dan sukar dijangka pelabur, namun mata wang Yen berkemungkinan mendapat kelebihan berikutan faktor kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global berdasarkan perkembangan semasa pasaran saham dan bon.

Pelabur Pound juga akan lebih berwaspada untuk ketidaktentuan pergerakan mata wang Britain itu susulan bank juga ditutup pada Jumaat esok.

Krisis perbankan dan isu-isu yang sedang berlegar dalam pasaran kekal menjadi pemantauan pelabur untuk berwaspada untuk sebarang kejutan yang boleh berlaku.

Meneliti carta GBP/JPY pada Rabu semalam, harga telah menyambung penurunan dari paras 164.500 sehingga mencecah sekitar zon RBS (resistance become support) pada 163.00.

Pergerakan harga yang telah berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY sejak semalam turut memberi petunjuk bearish.

Jika corak penurunan masih dilanjutkan selepas ini, harga dilihat akan menuju sekitar zon 162.00 untuk pergerakan trend menurun yang lebih jelas.

Namun jika harga berjaya melonjak semula, rintangan awal yang bakal diuji dilihat pada paras 164.500 selain halangan MA50 juga akan turut cuba untuk ditembusi harga.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, rintangan pada ketinggian 166.200 yang dicapai Selasa lalu akan kembali menjadi tumpuan semula.

Seterusnya, trend bullish akan berterusan jika harga menyambung lagi kenaikan ke paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat