GBP/JPY Pamerkan Kenaikan Dari Paras Terendah 3 Minggu

423

Setelah diniagakan lemah ke paras terendah 3 minggu, Pound Sterling kembali menunjukkan sedikit kenaikan pada dagangan hari ini sejak awal sesi Asia bermula.

Para pelabur menantikan perkembangan terbaru berkenaan perjanjian Brexit selepas rang undang-undang perjanjian pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) diluluskan Parlimen UK.

Kebimbangan melanda pasaran berikutan risiko no-deal Brexit kembali menghantui dengan larangan lanjutan tempoh peralihan Brexit dengan menurut perjanjian, bakal menyukarkan perjanjian perdagangan bersama EU untuk dicapai.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY kembali menunjukkan kenaikan dari paras terendah 3 minggu pada 141.200.

Kenaikan turut didorong pergerakan lemah matawang Yen berikutan sentimen perjanjian perdagangan AS-China yang positif.

Presiden AS Donald Trump menyatakan perjanjian akan ditandatangani dalam acara rasmi yang akan diadakan pada bulan ini.

Harga yang berada di atas garisan trendline telah membuat kenaikan melepasi garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga bagi carta GBP/JPY.

Setelah membuat kenaikan pada sesi Asia hari ini, harga mula bergerak mendatar sehingga memasuki sesi pasaran Eropah.

Sedikit lagi kenaikan dilihat akan menuju paras 142.600 yang berada pada zon SBR (support become resistance). Kenaikan lebih tinggi bakal menguji pula paras 143.600.

Namun jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, paras support pada 141.200 akan kembali diuji dan cuba ditembusi harga.

Jika penurunan berjaya melepasi paras tersebut, harga berkemungkinan akan turun lebih rendah dalam jangkaan 150 hingga 200 pips ke paras support pada dagangan November lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisisi teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat